Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang sangat buruk
akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak
ajakan lelaki.
Hingga tiba pada hari kematiannya, ketika dia dimandikan oleh seorang
wanita yang memang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si
pemandi mayat itu terlekat pada kemaluan mayat wanita itu. Semua
penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Bagaimana tidak?! tangan si
pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ sudah tidak tahu
lagi bagaimana untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita itu. Hanya
ada 2 cara untuk menyelesaikan masalah itu. Pertama, memotong tangan
wanita pemandi mayat tersebut dan kedua mengubur kedua wanita itu
sekaligus.
Akhirnya, mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.
Imam Malik bukan orang yang gemar dan dengan mudah memberi fatwa. Pernah
ada satu ketika, Imam Malik mendapat 40 pertanyaan, tetapi yang
dijawabnya hanyalah 5. Ini menunujukkan akan berhati-hatinya
dan betapa sensitifnya beliau dalam masalah agama.
Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi mayat itu pernahkan ia
berkata perihal si mayit semasa memandikannya.... Wanita pemandi mayat
itu berkata bahwa dia pernah mengatakan
kepada si mati sewaktu membersihkan tubuhnya:
"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina"
Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada
wanita tersebut, sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Maka
kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana tidak
mendatangkan saksi."
Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 sebatan maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.
HIKMAH & PELAJARAN:
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga lidah kita. Jangan sembarangan
membuat fitnah atau bersangka buruk dengan orang lain. Kuasa Allah SWT
mengatasi segala-galanya.. Moga bermanfaat dan marilah bersama-sama
memperbaiki diri.
Jaga lidah jangan sebarkan fitnah, jangan bersangka buruk dengan kuasa
Allah Taala. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi
kalau tak pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya berzina.
Diharap kisa Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan
dan iktibar. Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar
sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara, yang akan
kita tidak menyaksikan dan tiada ssaksi, maka tunggulah suatu hari nanti
balasan yang kita terima. Walaupun peristiwa berlaku: Berhati-hati
semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.
Wallahua'lam
Semoga bermanfaat...!!!